Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2

Pengeluar filem animasi, Walt Disney Animation Studios telah melancarkan trailer filem animasi terbaru mereka berjudul Wreck-It Ralph 2: Ralph Breaks The Internet. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah

Dalam sekuel kali ini, Ralph (disuarakan oleh John C. Reilly) telah meninggalkan dunia arked dan mengembara ke dunia internet. Turut menyertainya adalah Vanellope von Schweetz (disuarakan oleh Sarah Silverman). Kedua-duanya mengembara ke dunia internet dengan tujuan untuk mencari alat ganti permainan arked Vanellope, Sugar Rush dilaman sesawang. Ralph dan Vanellope bakal menempuhi dunia baru dan bertemu dengan karakter dunia Internet termasuklah bertemu Yess (disuarakan oleh Taraji P. Henson), yang merupakan pengusaha laman web dan algoritma yang cukup bergaya.

Wreck-It Ralph 2: Ralph Breaks The Internet juga bakal menampilkan puteri-puteri Disney dan disuarakan oleh pelakon-pelakon asal seperti Auli‘i Cravalho (Moana), Kristen Bell (Anna dalam animasi Frozen), Kelly Macdonald (Merida dalam animasi Brave), Mandy Moore (Rapunzel dalam animasi Tangled), Anika Noni Rose (Tiana dalam animasi The Princess and the Frog), Irene Bedard (Pocahontas), Linda Larkin (Jasmine dalam animasi Aladdin), Paige O’Hara (Belle dalam animasi Beauty and the Beast) dan Jodi Benson (Ariel dalam animasi The Little Mermaid).

Related posts

Trailer Rasmi “Black Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Tonton Trailer “Attack On Titan” Terbitan Studio The Asylum

Kakimuvee

Pasangan Kekasih Diburu CIA Dalam Trailer Filem Terbaru A24 “Stars at Noon”

Kakimuvee

[TRAILER] Kisah Pencuri 1 Sen Diceritakan Dalam Siri Terbaru Astro “One Cent Thief”

Kakimuvee

Tubi Keluarkan Trailer ‘Hot Take: The Depp/Heard Trial, Filem Yang Tidak Diminta Peminat

Kakimuvee

Jennifer Lopez Sebagai Pembunuh Upahan Dalam Teaser Filem Netflix “The Mother”

Kakimuvee

Leave a Comment