
Selepas mengeluarkan teaser, Astro Shaw melancarkan trailer pertama filem arahan arahan YouTuber dan pelakon Syahmi Sazli, Mael Totey The Movie. Diterbitkan Syahmi Sazli Production, filem komedi ini akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 pada 22 Oktober ini.
Anda boleh saksikan teaser dipemain video dibawah.
Dalam teaser yang dimuatnaik di laman Instagram Astro Shaw, ia memaparkan Mael pergi berjumpa Zaitan selepas diajak berjumpa. Tetapi, disebabkan ingin sangat berjumpa Zaiton, Mael tidak sempat menghabiskan potongan rambutnya – sekaligus memberi gambaran komedi yang bakal disaksikan penonton.
Filem Mael Totey diangkat dari siri YouTube berjudul sama dengan anggaran kos pembikinan diantaran antara RM300,000 sehingga RM400,000.
Selain mengarah, Syahmi turut menyertai barisan pelakon seperti Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.
Sumber: Astro Shaw
https://www.instagram.com/p/CGWbw5CMCNa/?igshid=ydcmgdu42vtn
https://www.instagram.com/p/CGWPhrEsPhl/?igshid=fvgrge7b2kno