Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Tonton Trailer Pertama “Jungle Cruise” Lakonan Dwayne Johnson & Emily Blunt

Pada minggu lalu, Disney telah melancarkan trailer rasmi filem Jungle Cruise, memberikan pandangan pertama mengenai penggembaraan kapten Frank Wolff lakonan Dwyan Johnson dan penyelidik yang berani lakonan Emily Blunt. Selain itu juga, poster pertama turut didedahkan kepada umum. Anda boleh lihat trailer pertama Jungle Cruise dibawah. 

Diilhamkan dari taman tema hiburan Disneyland yang terkenal, Jungle Cruise adalah filem yang penuh dengan penggembaraan dan kegembiraan menyusuri sungai Amazon dengan kapten cerdas Frank Wolff dan penyelidik yang berani Dr Lily Houghton. Lily melakukan perjalanan dari London, England ke hutan Amazon dan mendapatkan perkhidmatan Frank untuk membawanya ke La Quila — dengan bot yang tidak menentu. Lily bertekad untuk mengungkap pohon kuno dengan kemampuan penyembuhan yang tiada tandingannya – memiliki kekuatan untuk mengubah masa depan bidang perubatan.

Didorong dengan penggembaraan epik, mereka berhadapan dengan pelbagai bahaya dan kekuatan ghaib, semuanya tersembunyi dalam hutan hujan yang menawan. Tetapi ketika rahsia pokok kuno mula terungkap, taruhannya semakin tinggi bagi Lily dan Frank, dan nasib mereka – serta umat manusia – mula menjadi tidak menentu. 

Jaume Collet-Serra mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Michael Green dan Glenn Ficarra & John Requa. Penerbit filem ini adalah John Davis dan John Fox mewakili Davis Entertainment, manakala Dwayne Johnson, Hiram Garcia dan Dany Garcia mewakili Seven Bucks Productions.

Menyertai Dwayne Johnson dan Emily Blunt adalah Edgar Ramírez, Jack Whitehall,Jesse Plemons, dan Paul Giamatti. Jungle Cruise akan dilancarkan di pawagam tempatan pada 29 Julai 2021.       

Related posts

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Berlin” Memperkenalkan 5 Watak Utama

Kakimuvee

Universal Bangunkan Filem Terbaru “American Pie”

Kakimuvee

Trailer Rasmi “Black Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Christian Bale Intai Peluang Sertai Francais Star Wars

Kakimuvee

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Leave a Comment