
Marvel Studios telah melancarkan trailer pertama untuk siri MCU Disney+ yang akan datang, Hawkeye, memberikan rakaman pertama gandingan Jeremy Renner sebagai Clint Barton dan Hailee Steinfeld sebagai heroin Marvel kegemaran peminat, Kate Bishop. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.
Siri Hawkeye berkemungkinan ditetapkan dua tahun selepas peristiwa Avengers: Endgame, dan terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa siri ini mungkin akan mengadaptasikan salah satu cerita terkenal Hawkeye dari komik, dimana Clint telah kehilangan pendengarannya.
Menyertai barisan pelakon adalah pendatang baru MCU yang terdiri daripada Vera Farmiga, Fra Fee, Alaqua Cox, Tony Dalton, Zahn McClarnon, dan Brian d’Arcy James. Florence Pugh, yang telah membuat debut sebagai Yelena Belova dalam Black Widow, dilaporkan bersedia untuk muncul dalam siri akan datang.
Hawkeye akan ditayangkan pada 24 November ini, hanya di Disney+ Hotstar.
This holiday season, the best gifts come with a bow. 🏹 Watch the new trailer for Marvel Studios’ #Hawkeye, and start streaming the Original Series November 24 on @DisneyPlus. pic.twitter.com/HArEGH2xSG
— Marvel Studios (@MarvelStudios) September 13, 2021