Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Pertama Filem The Mummy

Pada tahun 2012, Universal Pictures mengumumkan mereka akan memulakan reboot terbaru franchise The Mummy. Walaupun menghadapi beberapa masalah dengan penarikan diri dua pengarah awal Len Wisemen dan  Andrés Muschietti, mereka akhirnya berjaya memulakan pengambaran pada April 2016.

Siri franchise terbaru The Mummy ini bakal dibintangi beberapa pelakon ternama antaranya Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis, Jake Johnson, Courtney B. Vance dan Russell Crowe dengan Alex Kurtzman telah dipertanggungjawabkan untuk mengarah filem reboot terbaru ini.

Pengambaran dibuat sepenuhnya di Kota London dan sebuah negara di Afrika iaitu Namibia dan selesai sepenuhnya pada Ogos 2016.

The Mummy bakal mengisahkan kebangkitan seorang Puteri di zaman purba (Sofi Boutella) yang bakal membawa kemusnahan kepada dunia.

The Mummy akan mula ditayangkan pada 9 Jun 2017 (US Release). Jom kita tonton trailer pertama The Mummy yang baru dikeluarkan oleh studio Universal Pictures.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar “Boston Strangler”

Kakimuvee

[TRAILER] The Flash: Barry Allen Terperangkap Dalam Realiti Alternatif Tanpa Metahuman.

Kakimuvee

Leave a Comment