Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Pertama Filem Animasi Trolls World Tour

Studio animasi DreamWorks telah melancarkan trailer pertama filem animasi Trolls World Tour. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Trolls World Tour merupakan filem sekuel kepada filem Trolls yang diterbitkan pada 2016. Filem kali ini menyaksikan Queen Poppy dan Branch menemui sesuatu yang mengejutkan – satu lagi dunia Troll yang terasing dan terpisah berdasarkan genre musik mereka.

Apabila ancaman misteri melanda tempat tinggal mereka, Poppy, Branch dan rakan-rakannya memulakan penggembaran epik di kawasan yang mereka tidak kenali, serta melakukan pekara mustahil – menyatukan Troll antara satu sama lain.

Kelly Clarkson akan menyertai pelakon asal, Ann Kendrick dan Justin Timberlake. Turut bersama dalam filem ini adalah James Corden, Caroline Hjelt sebagai Chenille, Aino Jawo, Ron Funches, Kunal Nayyar serta beberapa pelakon lain.

Trolls World Tour diarahkan Walt Dohrn dan akan ditayangkan pada 17 April 2020.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

Leave a Comment