Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
AnimeOfficial Trailer

Tonton Trailer Penuh “My Hero Academia: World Heroes’ Mission”


Filem anime My Hero Academia: World Heroes’ Mission telah melepaskan trailer penuh pertamanya. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah. 

World Heroes’ Mission adalah filem ketiga yang diterbitkan dari siri anime popular My Hero Academia. Filem pertama, My Hero Academia: Two Heroes yang dilancarkan pada 2018 telah mengutip $27.5 juta dolar, manakala filem kedua My Hero Academia, yang telah dilancarkan di Jepun pada 2019, telah meraih kutipan sebanyak $29.98 juta dolar. 

My Hero Academia dicipta oleh Kohei Horikoshi dan mula diterbitkan di Weekly Shonen Jump pada 2014. Musim pertama anime telah dilancarkan pada 2016, dan sejak dari itu ia telah diadaptasikan ke beberapa media seperti permainan video dan filem. Siri anime dan manga masih berjalan sehingga kini. 

My Hero Academia: World Heroes’ Mission akan dilancarkan di Jepun pada 6 Ogos ini, manakala tarikh tayangan global masih belum diputuskan. Dua filem awal My Hero Academia boleh di strim di Netflix


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee