
Universal Pictures telah mengeluarkan trailer terbaru untuk filem seram ngeri Nope arahan Jordan Peele. Filem tersebut dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 21 Julai 2022.
Anda boleh tonton trailer Nope dibawah:
Nope akan diterajui oleh pemenang Oscar Daniel Kaluuya, yang secara rasmi bersatu semula dengan Peele selepas kejayaan filem Get Out tahun 2017. Menyertainya ialah Keke Palmer (Hustle), dan calon Oscar Steven Yeun (Minari), yang tidak asing lagi dengan genre seram selepas membintangi siri The Walking Dead.
Butiran lanjut tentang plot dan watak filem itu masih dirahsiakan, tetapi seperti dua filem arahan pertama Peele, ia dijangka menjadi filem ngeri seram psikologi yang digabungkan dengan tema kesedaran sosial berkaitan bangsa dan masyarakat.
Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Jordan Peele, yang sebelum ini berjaya memenangi Oscar untuk Lakon Layar Asal Terbaik untuk penampilan sulung filem arahannya, Get Out. Sebelum filem yang akan datang, dia juga telah mengarahkan filem Us tahun 2019 yang dibintangi oleh Lupita Nyong’o dan Winston Duke.
Nope dihasilkan oleh Monkeypaw Productions dan Universal Pictures, dengan Peele dan Ian Cooper sebagai penerbit.