Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Ma Rainey’s Black Bottom Lakonan Viola Davis & Mendiang Chadwick Boseman

Netflix telah melancarkan trailer rasmi filem terakhir mendiang Chadwick Boseman, Ma Rainey’s Black Bottom. Akan ditayangkan pada  18 Disember ini, eksklusif di Netflix. Anda boleh tonton trailer di pemain video dibawah. 

Ma Rainey’s Black Bottom dibintangi pemenang anugerah Oscar, Viola Davis yang memainkan peranan utama sebagai penyanyi Blues, Ma Rainey. Manakala mendiang Chadwick Boseman memainkan peranan sebagai Levee, pemain horn yang meminati Ma, dan seorang yang bercita-cita tinggi dalam mencipta kejayaan dalam industri muzik.

Menyertai Davis dan Boseman adalah pemenang Emmy, Glynn Turman (Mr.Mercedes, How To Get Away With Murder, In Treatment), Colman Domingo (If Beale Street Could Talk), Michael Potts (Show Me A Hero, True Detective), Dusan Brown (42), dan Taylour Paige (White Boy Rick).

Filem ini diarahkan George C. Wolfe (Lackawanna Blues, The Immortal Life of Henrietta Lacks). Skrip adaptasi ditulis oleh Ruben Santiago Hudson. Todd Black dan Dany Wolf menerbitkan filem ini bersama-sama Denzel Washington. Ini merupakan kolaborasi ketiga Davis dan Washington, yang mana mereka sebelum telah berkerjasama dalam projek 2010 Broadway dan filem adaptasi Fences.

 

Related posts

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

Trailer Baru “Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie” Menjelang Tayangannya Di Netflix Jun Ini

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix

Zulaikha

Netflix Dedah Foto & Trailer Musim Akhir “Castlevania”

Kakimuvee

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee