Official Trailer

Tonton Trailer Lucy in the Sky Lakonan Natalie Portman

View

Fox Searchlight telah melancarkan trailer pertama filem Lucy in the Sky yang dibintangi pelakon Natalie Portman. Filem bertemakan drama angkasawan ini diarahkan Noah Hawley dan diadaptasikan dari kisah Lisa Nowak yang dituduh melakukan kes penculikan disebabkan cemburu.

Anda boleh saksikan trailer tersebut pemain video dibawah.

Lucy in the Sky mengisahkan seorang angkasawan (Portman) yang pulang ke Bumi selepas melakukan misi yang agak lama di angkasa dan menjalinkan hubungan dengan rakan sejawatnya, yang merupakan seorang angkasawan (Jon Hamm).

Tidak lama kemudian, kehidupannya semakin tidak menentui apabila hilang hubungan dengan keluarganya, pekara biasa yang terjadi jika seseorang itu berada diangkasa. Apabila rakan angkasawannya menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain, dia mula menjadi hilang kawalan.

Filem ini ditulis oleh Brian C. Brown serta Elliott Disguiseppi, dan turut dibintangi pelakon seperti Dan Stevens, Zazie Beetz, Pearl Amanda Dickson dan Ellen Burstyn.

Lucy in the Sky akan menemui penonton pada 4 Oktober ini.

BACA:  TV-Spot Super Bowl Avengers: Endgame Paparkan Adiwira Kembali Bergabung.

Tinggalkan Balasan

shares