Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer IMAX Avengers: Endgame


Kurang dua bulan sahaja lagi untuk filem Avengers: Endgame ditayangkan kepada umum. Bagi ‘meracun’ penonton untuk pergi menonton filem tersebut dipawagam IMAX, Marvel Studio melancarkan trailer IMAX, Avengers: Endgame. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Selepas mereka tewas dengan Thanos dan menyaksikan hampir separuh kehidupan di seluruh galaksi lenyap, Saki baki anggota Avengers perlu mencari jalan untuk menewaskan Thanos dan memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh penjahat terhebat galaksi itu.

Avengers: Endgame diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo, Avengers 4 dibintangi oleh Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Jon Favreau, Brie Larson, Karen Gillan, Gwyneth Paltrow, Evangeline Lilly, Katherine Langford serta Josh Brolin. Ia turut menampilkan Paul Rudd sebagai Ant-Man dan Jeremy Renner sebagai Ronin yang sebelum ini tiada dalam filem Avengers: Infinity War. 

Avengers: Endgame akan ditayangkan pada 25 April tahun ini.


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee