Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer I Kill Giants Yang Turut Dibintangi Zoe Saldana

Sebuah lagi filem aksi fantasi bakal menemui kaki-kaki wayang. I Kill Giants yang diterbitkan oleh penerbit serta pengarah filem-filem Harry Potter, Chris Columbus. Diadaptasikan dari novel grafik karya Joe Kelly dan Ken Niimura, I Kill Giants diarahkan oleh pengarah Anders Walter dan ditulis oleh Joe Kelly sendiri.

Filem ini mengisahkan Barbara Thorsen (lakonan Madison Wolfe), seorang gadis remaja yang memilih untuk lari dari kenyataan hidupnya dan masuk kedalam dunia magis tentang Titan dan Raksasa. Dengan bantuan dari temannya Sophia (Sydney Wade) dan seorang pakar terapi di sekolahnya (Zoe Saldana), Barbara harus menghadapi ‘Raksasanya’ dan mengatasi rasa takutnya.

Dibintangi oleh  Madison Wolfe, Imogen Poots, Sydney Wade, Rory Jackson dan Zoe Saldana, I Kill Giants bakal menemui penonton pada 23 Mac 2018

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

Leave a Comment