Syarikat penerbitan Redfilms telah melancarkan trailer terbaru filem Gol & Gincu Vol. 2 sekuel kepada filem Gol & Gincu yang ditayangkan pada 2005. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.
Diarahkan oleh Umi Salwana Omar, Gol & Gincu Vol. 2 menggandingkan pemenang anugerah Festival Filem Malaysia, Diana Danielle dan Ummi Nazeera sebagai pelakon utama, ianya juga turut menampilkan semula dua pelakon asal filem pertama iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani di samping beberapa pelakon lain seperti Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin.
Gol & Gincu Vol. 2 mengisahkan tentang Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza.
Filem ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 25 Oktober ini.