Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Future World Yang Menampilkan James Franco

Lionsgate Premiere telah membawakan sebuah filem aksi sains fiksyen ala ‘western film’ berjudul Future World. Menampilkan James Franco sebagai teraju utama dan sutradara, filem ini turut dibintangi oleh Suki Waterhouse, Jeffrey Wahlberg, Margarita Levieva, Snoop Dogg, George Lewis Jr., Cliff ‘Method Man’ Smith, Lucy Liu dan Milla Jovovich.

Future World mengisahkan tentang seorang ratu terlantar nazak dan anaknya, Prince, pergi ke padang pasir untuk mencari penawar yang agak mitos untuk menyelamatkan nyawa ibunya. Setelah terlibat dalam persengketaan yang ganas dengan penunggang motosikal yang diketuai oleh Warlord dan pengikutnya, Prince bertemu Ash, robot pembunuh yang sedang mencari jiwanya sendiri. Apabila Druglord menangkap Prince, dia kemudian mendapati dirinya termasuk dalam pertempuran epik untuk menyelamatkan sisa-sisa manusia yang terakhir.

Filem ini diarahkan bersama oleh James Franco dan Bruce Thierry Chung, manakala skrip ditulis sendiri oleh Bruce Thierry Chung bersama-sama Jay Davis.

Bagi yang gemarkan filem bergenre ini, saksikan dipawagam tempatan pada 25 Mei 2018

Related posts

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment