Official TrailerSlot Asia

Tonton Trailer Filem Seram Terbaru Dari Indonesia, Danur 3: Sunyaruri

Views

Syarikat pengedaran filem tempatan, Antenna Entertainments membawakan kepada anda, sebuah lagi filem seram dari Indonesia berjudul Danur 3: Sunyaruri. Anda boleh tonton trailer filem yang menakutkan itu dipemain video dibawah.

Filem kali ini mengisahkan tentang Risa menyedari bahawa kebolehannya untuk melihat hantu menghalangnya untuk bercinta. Dia tidak memberitahu teman lelakinya, seorang penyampai radio bernama Dimas, mengenai kebolehannya dan mengenai lima orang rakannya yang bukan manusia.

Apabila seorang rakan hantunya mula menyakat Dimas, Risa menutup mata batinnya supaya dia tidak boleh melihat hantu dan boleh hidup normal. Namun perbuatannya membawa nasib malang.

Walaupun tidak boleh melihat hantu, dia boleh menghidu `danur` (cecair yang keluar dari mayat reput). Dia mendapat tahu satu roh jahat wanita telah memasuki rumah itu ketika hujan lebat dan ia bukan sahaja mengugutnya malah rakan-rakan hantunya juga.

Diterbitkan MD Pictures, Danur 3: Sunyaruri diarahkan oleh Awi Suryadi dan dibintangi pelakon seperti Prilly Latuconsina, Sandrinna Michelle, dan Shawn Adrian Khulafa.

BACA:  Grace & T-800 Bertarung Dengan Rev-9 Dalam Klip Filem Terminator: Dark Fate

Filem ini akan menemui penonton tempatan mulai 26 September akan datang.

Tinggalkan Balasan

shares