Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Filem Seram Tempatan, 7ujuh

Primeworks Studios telah melancarkan filem seram tempatan arahan Raja Mukhriz berjudul 7ujuh. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Berlatarbelakangkan zaman 70an, ia mengisahkan tentang tujuh rakan sedang dalam cuti semester telah bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman, yang mana ia dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya Suri. Mereka telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk tinggal membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol. Dia kemudian telah membunuh diri dan menyumpah mereka yang dia akan menghantui mereka.Mereka pada mula tidak hairan, namun apabila mereka terperangkap di rumah itu dan seorang demi seorang mati, mereka perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari sumpahan itu.

Filem seram ini dibintangi beberapa pelakon hebat seperti  Johan As’ari, Siti Saleha, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Aeril Zafrel, Deedee Nash dan menampilkan Marsha Milan sebagai Suri.

7ujuh bakal menemui peminat-peminat filem seram pada 8 November 2018.

Related posts

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment