Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

Tonton Trailer Filem Motif Lakonan Rosyam Nor dan Sharifah Amani


Wayangworks telah melancarkan trailer rasmi filem tempatan yang dinantikan berjudul Motif. Filem arahan Nadiah Hamzah ini bakal menemui penonton pada 26 September ini. Anda boleh saksikan trailer filem tersebut dibawah.

Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Anna (Khayrani Kemal) yang hilang selepas pergi ke sebuah hotel lama di Tanah Merah. Detektif Rizal (Mustaqim Mohamed) telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan itu dan dibantu oleh Detektif Dewi (Sharifah Amani). Rosyam Nor memainkan peranan sebagai Hussein, ayah kepada Anna.

Skrip filem ditulis secara bersama oleh Nadiah Hamzah serta Honey Ahmad manakala Muhammad Bahir dan Farah Al Amin bertindak selaku penerbit. Turut menyertai barisan pelakon adalah Idiel Putra, Emma Tosh, Sherry Merlis, Sharmin Edora dan Azhan Rani.

Motif telah ditayangkan di Festival Filem Udine Far East (FEFF) ke-21 yang berlangsung di Udine, Itali pada 26 April hingga 4 Mei lalu. Peminat boleh membaca ulasan filem ini yang ditulis pengkritik filem dari laman hiburan terkenal Amerika Syarikat, The Hollywood Reporter.


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee