Bagi penggemar siri Doraemon, anda berpeluang untuk menonton filem anime terbaru Doraemon berjudul Doraemon: Nobita’s Chronicle of the Moon Exploration yang akan memulakan tayangan di Malaysia pada 25 Julai ini.
Filem ini berdasarkan kisah dongeng Jepun berdasarkan kepercayaan kewujudan arnab yang berada di Bulan. Apabila Nobita diketawakan oleh rakan-rakan apabila dia memberitahu yang dia melihat bulan bertukar ke warna kuning dan memancar bayang-bayang putih.
Tetapi selepas Doraemon memberinya “Lencana Kelab Penjelajah Sejarah”, mereka mendapati terdapat seorang gadis misteri tinggal jauh di hujung bulan. Nobita, Doraemon dan rakan-rakan mereka memulakan pengembaraan ke bulan tetapi dihalang oleh Diabolo dan pengikutnya.
Filem anime ini diarahkan oleh Shinnosuke Yakuwa dan disuarakan oleh Wasabi Mizuta, Megumi Ohara, Yumi Kakazu, Subaru Kimura, Tomokazu Seki.
Jadi kepada peminat-peminat Doraemon, jangan lupa saksikan filem anime ini dipawagam tempatan yang dibawakan khas oleh GSC Movies.