Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Filem Animasi Terbaru DC, Deathstroke Knights & Dragons

Warner Bros. Home Entertaiment telah melancarkan trailer rasmi filem animasi DC akan datang berjudul Deathstroke Knights & Dragons: The Movie. Filem animasi terbaru DC ini akan mengembangkan lagi siri CW Seed, Deathstroke: Knights & Dragons yang telah dilancarkan awal tahun ini.

Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Dalam filem Deathstroke Knights & Dragons: The Movie, askar dan pembunuh upahan, Slade Wilson menjalani dua kehidupan yang berbeza, iaitu sebagai pembunuh hebat yang dikenali sebagai Deathsroke dan seorang lelaki yang sangat dedikasi kepada keluarganya. Apabila kedua-dua dunianya bertembung, dan didorong dengan kejahatan kumpulan pengganas yang dikenali sebagai H.I.V.E.

Advertising

Slade harus berjuang untuk menyelamatkan orang yang disayanginya, dan juga apa yang tersisa dalam dirinya. Dengan jiwanya yang hancur, dan anak lelakinya sedang ditawayng, Deathstroke harus menebus dosa lalunya dalam usaha untuk berjuang dimasa hadapan.

Pelakon suara terdiri daripada pemenang Emmy dan Golden Globe, Michael Chiklis (The Shield) sebagai Deathstroke, Sasha Alexander (Rizzoli & Isles) sebagai Adeline “Addie” Kane Wilson, Chris Jai Alex (Extraction) sebagai The Jackal, Faye Mata (League of Legends ) sebagai Ratu Jade / HIVE, Griffin Puatu (Beastars) sebagai Joseph / Jericho, Imari Williams (LEGO DC: Shazam! Magic and Monsters) sebagai Presiden Nichols, Asher Bishop (The Angry Birds Movie 2) sebagai Young Joseph, Colin Salmon (Krypton ) sebagai William Wintergreen, Delbert Hunt (Bad Henry) sebagai Bronze Tiger, Panta Mosleh (Always Be My Maybe) sebagai Lady Shiva, dan Noshir Dalal (Red Dead Redemption II) sebagai Kapoor, Castulo Guerra (Jane The Virgin) sebagai Jeneral Suzarez, dan Minae Noji (General Hospital) sebagai Setiausaha Negara.

Deathstroke Knights & Dragons: The Movie diarahkan Sung Ji Ahn berdasarkan lakonlayar yang ditulis J.M. Dematteis (Superman: Red Son). Filem ini akan berdurasi 87 minit dan diklasifikasikan sebagai ‘R-rated’.

Advertising

Related posts

Tonton Teaser Pertama “Army of the Dead” Arahan Zack Snyder

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Amazon Lancar Trailer Terbaru Siri Animasi “Invincible”

Kakimuvee

Pertarungan Berdarah Dalam Trailer ‘R-rated’ “Mortal Kombat”!

Kakimuvee

Saksikan Jang Dong Yoon & Kam Woo Sung Berusaha Menewaskan ‘Undead’ Dalam Teaser Terbaru “Joseon Exorcist”

Zulaikha

Emma Stone Hidupkan Watak Villain Ikonik Disney Dalam Trailer ‘Cruella’

Kakimuvee

Leave a Comment