Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald Disini!

Selepas menayangkan dua trailer filem adiwira dan satu trailer filem ‘monster’, Warner Bros. Pictures telah mendedahkan satu lagi trailer terbaru mereka iaitu Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald. Anda boleh tonton trailer ini dipemain video dibawah.

Selepas ahli sihir gelap Gellert Grinderwald ditangkap oleh MACUSA (Magical Congress of the United States of America) dipenghujung tayangan filem pertama. Newt Scamander telah pergi menyelamatkannya dan Grindelwald kemudiannya mula mengumpul pengikutnya untuk meneruskan agendanya, memastikan golongan biasa diperintah oleh ahli sihir ‘pure-blood’.

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald merupakan filem kedua dari 5 siri penggembaraan terbaru dari dunia magik J.K. Rowling. Diarahkan oleh David Yates dan lakonlayar oleh J.K Rowling, ianya dibintangi oleh Eddie Redmayne Katherine Waterston, Dan Fogler, Alison Sudol, dan Ezra Miller. Mereka turut disertai pelakon Claudia Kim, Zoe Kravitz, Callum Turner,  bersama-sama Jude Law sebagai Dumbledore dan Johnny Depp sebagai Grindelwald.

Filem fantasi penggembaraan ini bakal menemui penonton pada 16 November 2018

Related posts

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment