Netflix telah melancarkan trailer drama Korea terbaru berjudul My First First Love musim kedua. Anda boleh saksikan trailer drama romantik itu dipemain video dibawah.
My First First Love merupakan drama romantik yang menceritakan tentang cinta, persahabatan dan impian 5 pelajar kolej. Jung Chaeyeon membawakan peranan Han Song Yi, seseorang yang sukar untuk memilih teman lelakinya Seo Do Hyun (Jinyoung) dan kawannya sejak kecil Yoon Tae Oh (Ji Soo).
Musim kedua bakal membawa watak utama mengenali apakah yang dimaksudkan dengan cinta pertama yang membawa kepada kekeliruan dalam percintaan.
Drama ini diarahkan oleh Oh Jin Seok dan bakal bersiaran di platform streaming Netflix pada 26 Julai ini.