Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Tonton Trailer Antarabangsa “Snake Eye”

Paramount Pictures telah melancarkan trailer antarabangsa filem aksi akan datang Snake Eye, lakonan Henry Golding dan Andrew Koji sebagai karakter G.I. Joe kegemaran peminat, Snake Eye dan Storm Shadow. 

Berbanding dengan trailer yang baru dilancarkan awal minggu ini, trailer antarabangsa Snake Eyes menawarkan lebih banyak rakaman penuh aksi yang melibatkan watak utama lakonan Golding, Storm Shadow, klan Arashikage, dan Cobra serta pratonton babak pertarungan jalan raya yang cukup menarik. Trailer ini juga memberi gambaran yang lebih baik kepada peminat mengenai latar belakang watak utama dan hubungan dinamik antara Snake Eyes dan Storm Shadow.

Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:

Snake Eyes adalah komando ninja yang terkenal dengan kemampuan menggunakan pedang dan pisau. Namun, dia juga seorang ahli seni bela diri yang sangat mahir yang boleh menjadi berbahaya walaupun tanpa senjata. Dalam spin off G.I. Joe yang akan datang, seorang penyendiri yang gigih disambut menyertai klan Jepun kuno yang disebut Arashikage setelah menyelamatkan nyawa waris mereka.

Setibanya di Jepun, Arashikage mengajar Snake Eyes cara-cara pahlawan ninja sambil juga menyediakan sesuatu yang dia rindukan: sebuah rumah. Tetapi, apabila rahsia dari masa lalunya terbongkar, kehormatan dan kesetiaan Snake Eyes akan diuji – walaupun itu bererti kehilangan kepercayaan orang yang paling dekat dengannya.

Pelakon kelahiran Sarawak, Henry Golding memainkan peranan utama sebagai Snake Eye. Turut menyertai barisan pelakon adalah Andrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money HeistUrsula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes, Samara Weaving sebagai Scarlett, Steven Allerick sebagai ayah kepada Snake Eye dan Takehiro Hira sebagai antagonis utama, dan Haruka Abe sebagai Akiko.

Filem ini diarahkan oleh Robert Schwentke (R.I.P.D) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Lorenzo di Bonaventura dan Brian Goldner berfungsi sebagai penerbit manakala Jeff Waxman, Erik Howsam, David Ellison, Dana Goldberg, dan Don Granger sebagai penerbit eksekutif. 

Snake Eye akan memulakan tayangannya pada 23 Julai ini.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Leave a Comment