Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Antarabangsa Filem The Meg


Trailer antarabangsa filem sains fiksyen seram, The Meg telah dilancarkan. Trailer kali ini menampilkan beberapa footage terbaru. Anda boleh tontonnya dipemain video dibawah.

The Meg diarahkan oleh John Turteltaub manakala lakonlayar ditulis oleh Dean Georgaris dan Jon Hoeber & Erich Hoeber. The Meg dibintangi oleh Jason Statham bersama-sama Li Bingbing, Cliff Curtis, Rainn Wilson, Ruby Rose, Winston Chao, Page Kennedy, Jessica McNamee, Ólafur Darri Ólafsson, Robert Taylor, Sophia Shuya Cai dan Masi Oka

Filem seram sains fiksyen ini mengisahkan sepasukan kru daripada program pemantau laut dalam telah menyelam menggunakan kapal selam ke dasar lautan, namun mereka terperangkap apabila diserang oleh makhluk yang disangkakan sudah pupus, iaitu jerung pra-sejarah berukuran 75 kaki yang dikenali sebagai Megalodon. Pakar selam penyelamat Jonas Taylor perlu menyelamatkan mereka tetapi tiada siapa yang tahu dia pernah berdepan dengan makhluk itu sebelum ini. Kini dia bukan sahaja perlu berdepan dengan ketakutannya sendiri tetapi juga menyelamatkan mereka yang terperangkap.

The Meg akan menemui penonton pada 9 Ogos 2018


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee