Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Antarabangsa Filem Aksi Komedi, Stuber


20th Century Fox telah melancarkan trailer antarabangsa filem yang bertemakan ‘buddy comedy’, Stuber. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah.

Stu (lakonan Kumail Nanjiani) aka Stuber merupakan pemandu Uber yang rajin dan berdedikasi. Suatu hari, dia mengambil penumpang bernama Vic (Dave Bautista) tanpa mengentahui yang penumpangnya ada anggota polis yang sedang memburu pembunuh kejam. Segalanya menjadi kucar kacir dan Stu mengalami pengalaman yang cukup pahit, terpaksa bergantung kepada kecerdasanya, kehidupannya dan tidak lupa, rating 5 bintang yang diimpikannya.

Filem ini diarahkan oleh Michael Dowse dan turut dibintangi Iko Uwais, Natalie Morales, Betty Gilpin, Jimmy Tatro, Mira Sorvino dan Karen Gillan.

Dengan aksi yang hebat, lawak yang kelakar serta pengaruh era 80a, pasti anda akan meminati filem ini. Stuber akan ditayangkan pada 12 Julai 2019