Official TrailerSlot Asia

Tonton Trailer Anime Netflix The Disastrous Life of Saiki K – Reawakened Disini

Views

Saksikan trailer minisiri anime The Disastrous Life of Saiki K – Reawakened adaptasi dari komedi manga berjudul The Disastrous Life Of Saiki K karya Shuichi Aso. Minisiri ini akan disiarkan di platform penstriman video Netflix pada 20 Disember 2019. 

Pelajar sekolah tinggi, Kusuo Saiki mempunyai kuasa luarbiasa termasuk telepati, psikokinesis, prediksi fluoroscopy dan sebagainya. Kuasa terkuat sebenarnya membawa kesengsaraan baginya. Oleh itu dia menyimpan kuasa luarbiasanya apabila dia berada di hadapan orang lain dan cuba untuk tidak menonjol atau terlibat dengan orang lain. Tetapi, atas sebab tertentu, kawan-kawannya, keluarga dan semua makhluk hidup selalu berkumpul di sekelilingnya maka sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Pelakon suara terdiri daripada Hiroshi Kamiya, Daisuke Ono, Nobunaga Shimazaki, Satoshi Hino, Natsuki Hanae, Ai Kayano, Kosuke Toriumi dan Nao Tohyama.

The Disastrous Life of Saiki K – Reawakeneddiarahkan oleh Hiroaki Sakurai dan akan bersiaran selama enam episod.

BACA:  Netflix Lancarkan Trailer Earthquake Bird Lakonan Alicia Vikander
shares