Tonton Trailer Animasi DC Wonder Woman: Bloodlines

347
views

Warner Bros. Animation dan DC telah melancarkan trailer terbaru filem animasi DC berjudul Wonder Woman: Bloodlines.  Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Wonder Woman: Bloodlines merupakan filem animasi kedua Wonder Woman dan juga filem animasi DC yang ketiga belas. Filem ini akan menceritakan asal usul Wonder Woman sebelum dan selepas Justice League: War. 

Apabila puteri Amazon, Diana of Themyscira memilih untuk menyelamatkan juruterbang Steve Trevor, dia secara tidak langsung telah mengubah dua dunia yang berbeza. Memiankan peranan sebagai duta dan juga pelindung, Diana telah digelar Wonder Woman dari penduduk Bumi.

Tetapi hatinya kuat seperti kehendaknya kerana dia bertekad untuk membantu seorang gadis muda bermasalah yang telah terlibat dengan organisasi maut yang hanya dikenali sebagai Villainy, Inc! Bersiaplah untuk pengembaraan menarik yang penuh dengan pertempuran kejam, mitos dan keajaiban!

Rosario Dawson kembali membawa suara Wonder Woman buat kali keenam. Dia turut disertai Jeffery Donovan yang membawa suara Steve Trevor, Marie Avgeropoulos sebagau Silver Swan, Adrienne C. Moore sebagai Etta Candy, Kimberly Brooks sebagai The Cheetah & Giganta, Courtenay Taylor sebagai Dr. Poison, Constance Zimmer sebagai Veronica Cale, Nia Vardalos sebagai Julia Kapatelis, Michael Dorn sebagai Ferdinand, Cree Summer sebagai Hippolyta, Mozhan Marno sebagai Dr. Cyber, dan Ray Chase sebagai Lead Bandit.

Wonder Woman: Bloodlines diarahkan secara bersama oleh Sam Liu dan Justin Copeland. Skrip pula ditulis oleh Mairghread Scott, manakala Jim Krieg, Sam Liu dan Amy McKenna bertindak selaku penerbit.

Versi digital dijangka akan dilancarkan pada 5 Oktober ini manakala vers Blu-ray dan 4K Ultra HD Combo Pack pada 22 Oktober.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here