Trivia

Apa Yang Kami Tahu Selepas Tonton Trailer #2 Spider-Man: Homecoming

Views

Semalam Marvel Studio telah mengeluarkan trailer terbaru filem Spider-Man: Homecoming yang bakal ditayangkan 7 Julai 2017 nanti. Ramai peminat filem Marvel beranggap terlampau banyak details filem ditunjukkan dalam trailer berkenaan. Ia sebenarnya adalah strategi pemasaran Syarikat Sony Entertainment untuk mendedahkan banyak plot dan details dalam trailer-trailer filem mereka.

Bagi kami, details yang ditunjukan membuatkan kami sebenarnya tidak sabar untuk menonton filem solo pertama Spider-Man. Ok, disini kami kongsikan serba sedikit apa yang kami tahu selepas menonton trailer terbaru filem Spider-Man: Homecoming.

Sebelum itu, kita tonton Trailer terbaru Spider-Man: Homecoming dahulu.

1. Spider-Man cuba menyertai dan menjadi seperti Avengers.

Seperti yang kita tahu, Spider-Man telah melibatkan diri dalam pertarungan sesama sendiri ahli Avengers dalam Civil War. Tony Stark telah menggunakan abiliti yang ada pada Spider-Man untuk memihak kepadanya dan menentang team Captain America. Namun selepas event tersebut Peter bertanyakan kepada Tony Stark adakah dia ahli Avengers ataupun tidak.

Kelihatan Tony seperti tidak mahu melihat Spider-Man mencampuri urusan Avengers dan juga menjadi superhero.

2. Alat terbaru Sut Spider-Man

Dalam trailer sebelum ini kita dapat melihat beberapa alat yang dimiliki Spider-Man seperti "Targeting Eyes" Spider-Web dan sayap Spidey. Trailer terbaru ini mereka mendedahkan lebih banyak equipment yang ada pad sut Spider-Man antaranya Spider-Tracer. Semasa babak di Monument Washington DC, logo yang ada pada sut Spider-Man bukan sahaja digunakan untuk memperkemaskan dan membuka sutnya, tetapi boleh digunakan sebagai drone!

Webbing Bomb!

Jika dirujuk versi komik, Drone tersebut boleh digunakan untuk mengesan individu. Selain itu juga Webbing Bomb, ada ditunjukkan dalam babak di dalam feri yang mana ia menunjukan Spider-Man melepaskan Webbing Bom lalu meletup dan memerangkap penjahat.

3. Tom Holland lagi better dari Aktor sebelum ini.

Andrew Garfield mungkin Spider-Man terbaik tetapi dia terlalu serius, manakala Tobey menunjukkan true Karakter Spider-Man tetapi dia begitu lembik dan baik apabila menjadi Peter Parker. Tidak bagi Holland yang berjaya menunjukan karakter "gila-gila remaja"nya dan dalam masa yang sama berjaya menunjukan karakter Superhero Spider-Man.

4. Ned Leeds dan Peter Parker Sedang mencipta sesuatu?

Suka kami melihat reaksi Ned Leeds apabila mengentahui Peter Parker adalah Spider-Man sehingga Peter rasa seperti malas untuk melayannya. Btw, terdapat satu part menunjukkan Ned dan Peter seperti sedang mencipta sesuatu. Adakah ia salah satu equipment yang dipakai oleh Spider-Man atau mengubahsuai peralatan Tony Stark?

5. Cameo Captain America!

Captain America muncul sebagai cameo tetapi dalam bentuk videotape. Peter dan Ned menonton video "Fitness Challenge" Captain America semasa sesi persekolahan dan kelihatan Ned bertanyakan soalan "you know him too?" Peter menjawab dengan tenang, "i stole his shield".

Btw, video "Fitness Challenge Captain America" mungkin dibuat sebelum Captain America menjadi Anti-Authority dalam filem The Winter Soldier & Civil War.

5. Lebih details mengenai Supervillain Vulture & juga.. rakan-rakannya?

Vulture adalah musuh utama dan sebenar Spider-Man tetapi tidak pernah ditunjukkan dalam mana-mana filem. Thanks kepada kerjasama diantara Marvel dan Sony yang akhirnya membawa watak tersebut ke dunia Cinematic. Banyak laman web antarabangsa mengambarkan Adrian Toomes aka Vulture adalah Tony Stark versi jahat. Dia kaya dan bijak tetapi berdendam dengan Tony Stark yang dikatakan telah menghancurkan syarikatnya.

The Shocker?

Oh yer! Nampaknya Vulture bukan berseorangan sebagai villain dalam filem Spider-Man, sebaliknya dia ditemani dengan dua lagi Supervillian iaitu The Shocker dan The Thinkerer. Andrian Toomes bekerjasama dengan kedua-dua Supervillain tersebut yang mengubahsuai teknologi alien dengan menjadikan senjata dan menjualkannya kepada penjenayah.

6. Damage Control, motif Adrian Toomes menjadi Supervillian.

Dalam trailer Spider-Man: Homecoming, terdapat babak yang menunjukan Tony Stark dan berita yang tertulis "Damage Control". Seperti disahkan oleh pengarah filem Jon Watts, ia seperti merujuk kepada sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Tony Stark dan akan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selepas hero-hero bertarung dengan penjahat.

Penubuhan Organisasi yang diketuai oleh Stark ini telah dijadikan motif oleh Andrian Toomes untuk menjadi jahat dan menentang Stark kerana penubuhan organisasi itu menyebabkan syarikatnya musnah.

7. Tony Stark mengambil balik sut Spider-Man

Ini menjawab kepada trailer pertama yang menunjukkan Spider-Man bertarung dengan Vulture dengan memakai sweater Merah sahaja. Trailer kedua ini menujukkan Stark mengambil balik sutnya kerana kecewa dengan Peter Parker yang enggan mendengar nasihatnya sehingga hampir menyebabkan malapetaka besar.

Babak ini juga menunjukkan peranan Tony Stark sebagai "Father Figure" kepada Peter Parker sepertimana Ben dan Richard Parker filem Spider-Man versi sebelum ini.

Dalam babak ini kita dapat melihat bagaimana Peter Parker ingin menjadi seperti idolnya, Tony Stark tetapi Tony tidak mahu Peter terlampau bergantung pada sut untuk menjadi kuat, sama sepertinya.

“if you’re nothing without this suit, you shouldn’t have it”

9. Spider-Man bertempur dengan Supervillian dengan hanya memakai sut "homemade" Spider-Man

Kita bakal melihat Spider-Man akan menggunakan sut asalnya menentang supervillain Vulture dan rakan-rakannya. "Stark-sut" maybe paling berkuasa tetapi, sut asal Spider-Man bakal menyerlahkan kuasa yang ada pada Spider-Man dan.. nampak kool sebenarnya.

10. Peter Parker dan Liz Allen?

Mary Jane dan Gwen Stacy bukanlah love interest Peter Parker yang pertama, sebaliknya Liz Allen. Trailer terbaru ini akhirnya mengesahkan Liz Allen adalah love interest Peter Parker dimana Liz cuba untuk mencium Peter Parker semasa majlis tari menari "Homecoming" pelajar sekolah tinggi.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks