Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Telefilem Suatukala, Hanya di Astro First Ekslusif Mulai Hari Ini


Mengabungkan 3 cerita dongeng dalam satu telefilem, Astro First Eksklusif bersama-sama Red Communications, Arie Zaharie Productions dan Lumatic Films. mempersembahkan sebuah telefilem terbaru yang berjudul Suatukala. 

Suatukala menghimpunkan tiga hikayat dongeng rakyat yang cukup popular di nusantara iaitu Badang, Malin Kundang serta Merah dan Putih menjadikan ia sebuah kisah dongengan yang cukup padat dan segar kepada para penonton terutamanya kepada kanak-kanak.

Lebih menarik, Suatukala telah menampilkan tiga pengarah yang berbeza yang berkongsi satu kerusi sutradara untuk menghasilkan karya yang cukup kreatif ini. Edison Cheam diberi kepercayaan untuk mengarahkan kisah Malin Kundang, Shamyl Othman mengarahkan Merah & Puteh manakala Nik Amir Mustapha mengarah kisah Badang.

Antara yang membintangi filem ini adalah Wafiy Johan, Dynas Mokhtar, Zynakal, Firdaus Ghufran, Arif Karim untuk kisah Malin Kundang, Sweet Qismina, Syumaila, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Sherry Alhadad untuk kisah dongeng Merah dan Putih manakala Harith Haziq, Qistina Raisah, Rykarl Iskandar, Megat Sharizal, Ruby Ooi untuk kisah dongengan Badang.

Selain itu juga, Suatukala turut menampilkan Kamal Adli, Amer Raja Lawak dan Fatimah Abu Bakar.


Telefilem Suatukala telahpun ditayangkan mulai hari ini (15 Mac) hanya di Astro Eksklusif Saluran 480 dan juga boleh didapati diplatform ‘streaming’ ‘On Demand

OFFICIAL TRAILER


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee