Tonton Teaser Trailer Menyeramkan Drama Korea Stranger From Hell

284
views

Teaser trailer baru drama misteri thriller terbaru OCN yang diadaptasi dari webtoon bertajuk Stranger From Hell / Hell Is Other People lakonan Lee Dong Wook dan Im Si Wan. Drama ini akan ditayangkan pada 31 Ogos ini. Setakat ni karakter Lee Dong Wook sebagai doktor gigi misteri belum keluar lagi dalam trailer.

Yoon Jong-Woo (Im Si Wan) merupakan lelaki berusia 20-an. Dia tinggal di sebuah bandar kecil sepanjang hidupnya, tetapi dia mendapat kerja di sebuah pejabat kecil di Seoul.

Yoon Jong-Woo berpindah ke Seoul dan tinggal di sebuah apartment murah yang mana berkongsi dapur dan bilik air dengan penduduk lain. Yoo Jong-Woo tidak suka tinggal di situ dan dia tidak suka penduduk lain yang dirasakannya pelik dan mencurigakan.

Drama arahan Lee Chang-Hee ini akan berkeudara selama 10 episod setiap Sabtu dan Ahad (waktu Korea). Turut membintangi drama ini adalah Lee Jung-Eun, Lee Hyun-Wook, Park Jong-Hwan, Lee Joong-Ok – Hong Nam-Bok dan beberapa pelakon lain.

Anda boleh tonton teaser trailer Stranger From Hell yang agak menyeramkan dipemain video dibawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here