Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Teaser Trailer “City of Lies” Lakonan Johnny Depp & Forest Whitaker

Saban Films telah melancarkan teaser trailer rasmi filem “City of Lies” lakonan Johnny Depp dan Forest Whitaker. Filem biografi drama jenayah ini berdasarkan buku LAbyrinth dari pemenang Pulitzer Prize, Randall Sullivan.

“City of Lies” akan mengikuti siasatan kes pembunuhan artis rap terkenal Christopher Wallace, atau dikenali sebagai Notorious B.I.G. Anda boleh lihat trailer tersebut dibawah.  

Pada bulan September 1996, Tupac Shakur telah ditembak mati di Las Vegas. Pada bulan Mac 1997, artis rap terkenal Notorious B.I.G turut ditembak selepas persembahan anugerah di Los Angeles. Jenayah itu bagaimanapun tidak dapat diselesaikan. Buku tulisan Sullivan mendapat pujian kritis dan mendorong dua tuntutan mahkamah terhadap LAPD, mencetuskan siasatan FBI, dan terus menjadi kisah dua kes pembunuhan terkenal yang tidak dapat diselesaikan dalam sejarah hip hop.

Johnny Depp (francais Pirates of the Caribbean) berperanan sebagai detektif LAPD Russell Poole, yang menghabiskan masa hampir 20 tahun untuk menyelesaikan kes pembunuhan itu, manakala pemenang anugerah Oscar dan Primetime Emmy, Forest Whitaker (Godfather of Harlem) berperanan sebagai Jack Jackson, seorang wartawan yang bekerjasama dengan Poole untuk membongkar kebenaran.

“City of Lies” diarahkan oleh Brad Furman (The Lincoln Lawyer, The Infiltrator, Runner Runner) dan ditulis oleh Christian Contreras, yang pernah membintangi Halo: Nightfall.

Filem terbaru ini diterbitkan Miriam Segal, Paul Brennan dan Stuart Manashi. Penerbit bersama terdiri daripada Paula Turnbull and Jess Fuerst. “City of Lies” akan ditayangkan dipawagam Amerika Syarikat pada 19 Mac, diikuti tayangan di platform Digital dan On Deman pada 9 April 2021.

Related posts

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment