Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Tonton Teaser Pertama Filem ‘Live Action’ THE PROMISED NEVERLAND

Bermula sebagai manga pada tahun 2016, oleh Kaiu Shirai dan Posuka Demizu, The Promised Neverland merupakan sebuah kisah yang menarik dan mendebarkan tentang tiga anak yang cuba melarikan diri dari rumah anak yatim setelah menemui pengasuh mereka menyimpan rahsia berbahaya.

Diterbitkan dalam Shueisha’s Weekly Shonen Jump, siri ini berlangsung sehingga bulan Jun yang lalu.

Anime siri ini kemudiannya dilancarkan pada tahun 2019 dan telah disiarkan dilaman penstriman seperti  Hulu dan Crunchyroll. Anime juga telah ditayangkan di Toonami sejak musim bunga tahun lalu, dan musim kedua siri ini akan ditayangkan pada tahun depan

Kini, adaptasi live action siri manga ini bakal menemui penonton tidak lama lagi. Seperti yang ditunggu-tunggu peminat, teaser trailer pertama telah pun dilancarkan.  Anda boleh tontonnya dibawah.

Emma, Norman dan Ray adalah kanak-kanak yang paling ceria di rumah anak yatim Grace Field House. Dan di bawah jagaan wanita yang mereka gelar sebagai “Ibu”, semua kanak-kanak menikmati kehidupan yang selesa. Makanan yang baik, pakaian bersih dan persekitaran yang sempurna untuk belajar — apa lagi yang boleh diminta oleh anak yatim? Namun, pada suatu hari, Emma dan Norman membongkar kebenaran gelap dunia luar yang mana mereka dilarang untuk melihatnya.

The Promised Neverland akan ditayangkan di Jepun pada 18 Disember ini.

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

Leave a Comment