Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Teaser JUSTICE LEAGUE Dari Zack Snyder Sempena DC FanDome

Sempena pelancaran acara DC FanDome yang akan berlangsung Ahad ini, Zack Snyder telah mendedahkan teaser trailer filem Justice League versi Snyder Cut, yang memberikan pandangan terbaru Superman dan Cyborg.

Peminat DC tidak sabar untuk melihat trailer penuh Justice League yang mungkin akan dilancarkan dalam sesi panel Justice League di DC FanDome. Anda boleh tonton teaser tersebut dibawah. 

Selepas berkempen bertahun-tahun, Warner Bros. akhirnya melepaskan filem Justice League versi suntingan Zack Snyder dengan bajet tambahan sekitar $20 hingga $30 juta. Filem tersebut akan disiapkan sepenuhnya mengikut visi Snyder dan akan mula menemui penonton tahun hadapan di perkhidmatan streaming HBO Max.

Justice League ditulis oleh Chris Terrio berdasarkan cerita dari Zack Snyder dan Terrio. Ditayangkan pada 2017, filem adiwira DC ini menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan peminat, dan dianggap gagal dipentas box office apabila hanya meraih $658 juta dolar berbanding kos pembikinan yang mencecah $300 juta dolar.

Peminat tempatan boleh menonton acara DC FanDome (dalam tempoh 24 jam) dengan melayari DCFanDome.com, mulai Ahad ini jam 1.00 pagi,

Related posts

Donnie Yen Kembali Beraksi Dalam Filem “Raging Fire”

MyK

Siri Anime Netflix “The Way of the Househusband” Akan Disiarkan April Ini

Kakimuvee

Melissa McCarthy & Octavia Spencer Beraksi Dan Berkomedi Dalam Trailer “Thunder Force”

Kakimuvee

Tonton Trailer Rasmi “Projek: Anchor SPM”

Kakimuvee

[Netflix] Saksikan Trailer & Poster Karakter “DOTA: Dragon’s Blood”

Kakimuvee

[TRAILER] Siri Terbaru Netflix “Shadow and Bone” Akan Ditayangkan April Ini.

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman