Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Klip Video Spider-Man Avengers: Infinity War

Bagi merancakkan filem Avengers: Infinity war yang semakin hampir, Marvel Studio telah melancarkan sebuah klip video yang memaparkan sebahagian aksi Spider-Man dalam filem tersebut.

Klip video itu menunjukkan bagaimana Spider-Man beraksi keluar dari bas sekolah selepas dia melihat salah satu portal (barangkali) milik Thanos tiba-tiba muncul di kota raya New York. Anda boleh tonton klip video tersebut di pemain video dibawah.

Avengers: Infinity War diarahkan oleh bekas pengarah filem Captain America: The Winter Soldier dan Captain America: Civil War, Anthony and Joe Russo. Antara bintang yang disahkan berlakon dalam filem ini adalah obert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scalett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Josh Brolin, dan Paul Rudd.

Nantikan tayangan filem Avengers: Infinity War pada 25 April 2018. 

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

HBO MAX Original feature film LET THEM ALL TALK to premiere exclusively on HBO GO and HBO

Isqandar

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

Trailer Baru “Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie” Menjelang Tayangannya Di Netflix Jun Ini

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee