Studio Disney dan Pixar telah melancarkan sneak peek filem animasi terbaru Soul. Anda boleh saksikannya di pemain video dibawah.
Filem animasi Soul akan membawa penonton mengembara dari jalan raya di Kota New York ke alam kosmik untuk mencari jawapan kepada persoalan yang sangat penting.
Pemenang Oscar Jamie Foxx akan memainkan peranan sebagai guru muzik sekolah menengah yang mempunyai impian untuk bermain musik di The Blue Note, kelab jazz legenda di Kota New York. Selepas tersalah langkah dan memasuki lubang pembentung, Joe mendapati rohnya berada di alam lain – dan di perlu melakukan beberapa tugasan sebelum roh kembali ke badannya dan seterusnya bermain musik di kelab impiannya.
Filem arahan Peter Docter ini turut disuarakan Daveed Diggs, Questlove, dan Phylicia Rashad.
Soul akan menemui penonton pada 20 November 2020.
https://youtu.be/vK2S5eR7Qw0