Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Tonton Sneak Peak Gotham Musim Keempat

Fox telah melancarkan ‘sneak peak’ berdurasi 5 minit musim keempat siri televisyen Gotham yang akan dimula ke udara pada 1 Mac ini. Anda boleh tonton ‘sneak peak’ siri televisyen tersebut pada pemain video dibawah.

Musim keempat siri televisyen Gotham akan menyaksikan Jim Gordon (Ben McKenzie) dan Harvey Bullock (Donal Logue) berusaha menyekat penjahat-penjahat yang bermaharajalela di bandar Gotham. Sementara penduduk Gotham bersatu menentang penjenayah, muncul seorang hero baru yang akan mengatasi mereka.

Bruce Wayne (David Mazouz) yang baru sahaja menyelesaikan latihannya bersama Temple Shaman (guest star Raymond J. Barry) dan Ra’s al Ghul (Alexander Siddig), merasakan beliau perlu untuk menjaga keamanan bandar yang didudukinya. Dibantu oleh Alfred Pennyworth (Sean Pertwee) dan Lucius Fox (Chris Chalk), beliau mula mengorak langkah untuk mengalas tanggungjawab itu dan dalam masa yang sama perlu mengelakkan identiti sebenarnya terbongkar dan diketahui oleh penduduk bandar Gotham.

Siri televisyen Gotham diadaptasikan dari karakter komik DC dan diterbitkan oleh  Warner Bros. Television.

Related posts

“The Boys” Disambung Hingga Musim 4

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan “Dota: Dragon’s Blood” Musim 3, Dedah Pandangan Pertama

Kakimuvee

Ewan McGregor Kongsi Reaksi Krew Produksi Selepas Melihat Hayden Christensen Sebagai Darth Vader

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment