Tonton ‘Red Band’ Trailer Filem Escape Plan: Extractors

119
views

Lionsgate telah melancarkan trailer ‘red band’ filem ketiga Escape Plan yang berjudul Extractors. Filem arahan John Herzfeld ini akan menemui penonton mulai 11 Julai 2019. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem kali ini menyaksikan Ray Breslin dan Trent kembali bekerjasama sekali lagi bagi menyelamatkan salah seorang rakan pasukan mereka dari penjara yang dikenali sebagai Devil`s Station, di mana tiada seorang pun yang pernah berjaya meloloskan diri dari situ.

Seperti biasa, Sylvester Stallone kembali membawakan peranannya sebagai Ray Breslin manakala Dave Bautista melakonkan watak dari filem terdahulu, Trent DeRosa. Turut membintangi filem ini adalah Max Zhang Jin, 50 Cent, Malese Jow, dan Jaime King

Escape Plan: Extractors diklasifikasi sebagai 18 oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia dan tidak boleh ditonton oleh kanak-kanak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here