
Menjelang tayangannya pada 31 Mac ini di HBO Max dan pawagam secara serentak, Warner Bros. dan Legendary membuat keputusan untuk melancarkan satu lagi teaser Godzilla vs. Kong yang memaparkan rakaman-rakaman terbaru.
Anda boleh teaser trailer tersebut dibawah.
Their fight. Our world. #GodzillaVsKong in theaters and streaming exclusively on @hbomax* March 31. Find the biggest screen possible!
— Legendary (@Legendary) February 14, 2021
*Available on @hbomax in the US only, for 31 days, at no extra cost to subscribers. pic.twitter.com/KlM4vTSkCw
Sebagaimana tamadun manusia berjuang untuk masa depan, makhluk Godzilla dan Kong bertarung sesama sendiri. Pertubuhan Monarch dalam misi untuk meneroka ke tempat yang belum pernah diteroka untuk mencari klu mengenai asal usul Titan, sementara konspirasi manusia mengancam untuk menghapuskan Godzilla dan Kong dari muka bumi.
Godzilla vs. Kong merupakan filem keempat dalam francais MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong; Skull Island dan Gozilla: King of the Monsters. Adam Wingard (Death Note) mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Terry Rossio (Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl).
Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.
Godzilla vs. Kong akan ditayangkan serentak di HBO Max dan pawagam pada 31 Mac 2021.