Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Acara maya DC FanDome akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi, dan Black Adam adalah salah satu daripada beberapa filem DCEU yang akan dipamerkan semasa acara dalam talian itu. Diharapkan teaser atau mungkin trailer penuh akan dilancarkan esok. Sementara itu, Dwayne “The Rock” Johnson memberikan sedikit perasa kepada peminat tentang apa yang diharapkan mereka. 

Aktor itu telah kongsikan sebuah video yang merangkumi beberapa rakaman dari filem. Antaranya paparan antihero itu terbang megah di langit. Video itu juga turut memberi coretan wawancara dengan Johnson dan rakan pelakonnya, Pierce Brosnan (Dr. Fate). Anda boleh tonton video tersebut dibawah.

Acara maya DC FanDome yang akan berlangsung pada hari Ahad, 17 Oktober (di kebanyakan zon waktu Asia) dengan melayari DCFanDome.com.

Black Adam akan dipimpin oleh Dwayne Johnson sebagai Teth-Adam atau anti-hera yang digelar Black Ada. Kisa latar belakangnya pertama kali digoda semasa Shazam! yang ditayangkan pada 2019. Ini menandakan debut ‘live-action’ watak itu setelah hanya muncul dalam rancangan animasi dan filem seperti Young Justice. Adaptasi filem ini juga diharapkan dapat menampilkan pengenalan filem live-action dari Justice Society of America.

Menyertai Johnson adalah Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate, Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, dan Aldis Hodge sebagai Hawkman. Barisan pelakon lain termasuklah Sarah Shahi, Marwan Kenzari, James Cusati-Moyer, Bodhi Sabongui, Mo Amer, dan Uli Latukefu dalam peranan yang tidak didedahkan.

Berdasarkan watak Komik DC yang cipta oleh Otto Binder dan C.C. Beck, filem ini diarahkan oleh Jaume Collet-Serra (The Shallows, Jungle Cruise) dari skrip yang ditulis oleh Rory Haines dan Sohrab Noshiryani. Penerbitnya adalah Johnson, Dany Garcia, dan Hiram Garcia dari Seven Bucks Productions bersama dengan Beau Flynn dari FlynnPicturesCo, dengan Scott Sheldon mengawasi projek untuk FlynnPictureCo.

Black Adam dijadualkan tayangan pada 29 Julai 2022. 

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment