Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerVideo

Tonton Prologue Alien Covenant Untuk Filem Berkenaan Dengan Lebih Lanjut

Filem kedua prekuel Alien arahan Ridley Scott, Alien Covenant telah meninggalkan pelbagai persoalan kepada penonton mengenai perjalanan filem berkenaan. Bagi yang tidak pernah menonton filem pertama, Prometheus pasti anda akan merasa sedikit keliru dan bosan apabila menonton filem ini.

Alien: Covenant tidaklah seperti menonton filem asal Alien yang diterbitkan pada era 70an-80an. Filem ini lebih kepada menceritakan origin alien dan siapakah pencipta alien yang telah mengucar-kacirkan manusia dengan menyerang koloni-koloni manusia di planet-planet lain.

Bagi yang belum menonton filem Alien: Covenant (anda boleh baca review kami mengenai filem ini disini), kami sarankan anda untuk menonton prologue-prologue filem ini yang menceritakan bagaimana David memperolehi kembali badannya, mood krew Covenant sebelum mereka berada dalam keadaan “hypersleep” dan juga saat-saat android Walter dicipta.

Dengan menonton prologue filem ini sekurang-kurangnya kita dapat memahami serba sedikit permulaan cerita filem Alien: Covenant ini terutamanya apa yang berlaku pada David dan Dr. Elizabeth Shaw semasa menuju ke tempat tinggal bangsa Engineer.

The Crossing: (Selepas event Prometheus). Klip ini mendedahkan bagaimana Dr. Elizabeth Shaw menyambungkan kembali kepala David yang terpisah dari badan selepas dicabut oleh Engineer. Mereka berdua adalah saki-baki krew kapal angkasa Prometheus yang terselamat selepas mereka terdedah dengan pathogen Alien dan berhadapan dengan seorang Makhluk yang bangkit dari tidur. Klip ini juga menunjukan, David membantu Dr. Elizabeth Shaw untuk tidur dan David menggugurkan bom yang mengandungi pathogen Alien keatas sebuah bandar yang diduduki oleh Bangsa Engineer.

Last Supper: Boleh dianggap intro kepada filem Alien Covenant. Klip ini menujukkan suasana dan mood krew Covenant sebelum mereka tidur dalam dalam tempoh yang cukup lama.

Meet Walter: Klip yang menunjukkan android mirip David dicipta, Walter.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar “Boston Strangler”

Kakimuvee

Tom Hardy Kongsikan ‘Deleted Scene’ ‘Venom’, Pra-Produksi Filem Ketiga Telah Bermula

Kakimuvee

Leave a Comment