Tonton Kompilasi Tv-Spot dan Trailer Spider-Man: Far From Home

48
views

Kurang beberapa minggu sahaja lagi sebelum filem terakhir fasa 3 Marvel Cinematic Universe (MCU), Spider-Man: Far From Home ditayangkan kepada umum. Jadi disini kami ingin kongsikan kompilasi video dari trailer dan tv-spot filem adiwira itu bagi anda mendapat sedikit gambaran perjalanan cerita. Anda boleh tonton kompilasi tersebut di pemain video dibawah.

Spider-Man: Far From Home ditetapkan selepas kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yanga menyaksikan Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah.

Diarahkan oleh Jon Watts serta ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers, Spider-Man: Far From Home turut dibintangi oleh Michael Keaton, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal yang akan membawakan karakter Mysterio.

Turut kembali dalam Marvel Cinematic Universe adalah Cobie Smulders yang akan membawakan watak sebagai ejen Maria Hill dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

Spider-Man: Far From Home akan ditayangkan di Malaysia pada 3 Julai ini.