Official Trailer

Tonton Kompilasi Klip Filem Aksi Komedi MY SPY Lakonan Dave Bautista

Views

Bagi yang meminat filem-filem bertemakan aksi komedi, jangan saksikan filem terbaru Dave Bautista berjudul My Spy, tayangan 12 Mac ini. Anda boleh saksikan kompilasi klip filem dibawah.

Seorang pekerja CIA bernama JJ telah diturunkan pangkat dan terpaksa menjalankan operasi pemantauan rutin atas keluarga Sophie. Bagaimanapun, gadis pintar teknologi yang berusia 9 tahun itu menjumpai kamera-kamera tersembunyi di dalam rumahnya dan berjaya mengesan di mana operasi itu dijalankan.

Setelah mendapat tahu tentang rahsia perisik itu, dia cuba memujuknya untuk mengajar cara menjadi seorang perisik dengan balasan tidak akan mendedahkan penyamarannya. Walau enggan pada mulanya, perisik itu kemudiannya mengalah dengan pesona dan kepintaran gadis itu.

My Spy diarahkan Peter Segal (50 First Dates) berdasarkan skrip yang ditulis Jon dan Erich Hoeber, dan turut dibintangi pelakon seperti Chloe Coleman, Kristen Schaal, dan Ken Jeong.



Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks