Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum filem ‘live action’ The Lion King ditayangkan diseluruh dunia. Bagi merancakkan tayangan filem tersebut, Disney telah mengeluarkan beberapa klip filem tontonan umum. Anda boleh saksikan klip filem The Lion King dipemain video dibawah.
The Lion King merupakan adaptasi dari filem animasi klasik Disney pada tahun 1994 dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang singa bernama Simba dan pengembaraannya menjadi raja, yang bukanlah mudah sebagaimana pakciknya mempunyai rancangan sendiri untuk mengambil alih tahkta.
Pertarungan untuk Pride Rock menyebabkan Simba dibuang tetapi dengan bantuan dua rakan baru, dia kembali untuk mengambil haknya.
Filem ini diarahkan oleh Jon Favreau dan dibintangi pelakon-pelakon suara seperti Donald Glover, Seth Rogen, Chiwetel Ejiofor, Alfre Woodard, Billy Eichner, John Kani, John Oliver, Beyoncé Knowles-Carter, serta James Earl Jones yang akan membawakan suara watak asalnya, Mufasa.
Jangan lupa saksikan filem The Lion King yang akan ditayangkan Malaysia pada 17 Julai 2019.