Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Klip Terbaru JUSTICE LEAGUE DARK: APOKOLIPS WAR Yang Menampilkan Superman & Raven

Sempena pelancaran digital, Warner Bros. Animation telah melancarkan dua klip terbaru dari filem animasi superhero DC, Justice League Dark: Apokolips War yang memaparkan pertemuan semula Constantine dan Clark Kent / Superman dan Raven serta babak beremosi diantara Raven dan Robin.

Filem animasi ini boleh didapati dalam versi Blu-ray mulai 19 Mei ini. Anda boleh saksikan klip terbaru menerusi pemain video dibawah.

Sekuel kali ini akan menampilkan himpunan superhero terbesar dalam sejarah DC Universe, termasuklah penglibatan Matt Ryan (Legends of Tomorrow) sebagai Constantine, Jerry O’Connell (Scream 2) sebagai Superman dan Taissa Farmiga (American Horror Story) sebagai Raven.

Justice League Dark: Apokolips War menyaksikan para superhero sekali lagi berhadapan dengan musuh terhebat, Darkseid. Kumpulan superhero ini diketuai Constantine, Superman dan Raven dan nasib umat manusia bergantung kepada kumpulan superhero ini.

Barisan pelakon suara terdiri daripada Jason O’Mara sebagai Batman, Rosario Dawson sebagai Wonder Woman, Shemar Moore sebagai Cyborg, and Christopher Gorham sebagai The Flash, Rebecca Romijn sebagai Lois Lane, Rainn Wilson sebagai Lex Luthor, Stuart Allan sebagai Robin/Damian Wayne, Camilla Luddington sebagai Zatanna, Ray Chase sebagai Jason Blood/Etrigan, Roger R. Cross sebagai John Stewart / Swamp Thing, Liam McIntyre sebagai Captain Boomerang, Sachie Alessio sebagai Lady Shiva, Hynden Walch sebagai Harley Quinn dan John DiMaggio sebagai King Shark.

 

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment