Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Klip Terbaru Filem Once Upon A Time in Hollywood


Sony Pictures telah melancarkan klip terbaru filem Once Upon A Time in Hollywood yang melibatkan babak diantara Cliff, Randy dan Rick. Anda boleh tontonnya dipemain video dibawah.

Once Upon a Time in Hollywood mengisahkan tentang  Rick Dalton (lakonan Leonardo DiCaprio) seorang bintang televisyen yang ingin menceburi perniagaan yang berkaitan dengan dunia perfileman. Pembantunya, Cliff Booth (lakonan Brad Pitt) yang juga merupakan pelakon lagak ngeri beliau juga ingin menceburi perniagaan yang sama. Bagaimanapun, jirannya iaitu seorang aktres, Sharon Tate telah dibunuh oleh pengikut Charles Manson bersama empat lagi individu yang turut berada dalam rumah aktres tersebut. – Kejadian pembunuhan Sharon Tate dan rakanya itu telah menjadi latarbelakang jalan cerita filem ini.

Filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat yang lain seperti Margot Robbie, Burt Reynolds, Timothy Olyphant, Michael Madsen, Tim Roth, Damian Lewis, Luke Perry, Emile Hirsch, Dakota Fanning, Clifton Collins, Keith Jefferson, Nicholas Hammond, James Marsden, Julia Butters, Scoot McNairy dan Al Pacino.

Sony Pictures telah menetapkan tarikh tayangan filem ini pada 9 Ogos 2019 bersempena ulangtahun ke-50 peristiwa pembunuhan aktres terkenal Hollywood, Sharon Tate.


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee