Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

Tonton Klip Pembukaan “Zack Snyder’s Justice League” Yang Penuh Dengan ‘Easter Egg’

Menjelang tayangan “Zack Snyder’s Justice League” pada 18 Mac ini di HBO Max/HBO GO, sebuah klip video telah didedahkan kepada peminat, yang mempamerkan babak pembukaan filem “Justice League” dengan setiap anggota pasukan digambarkan di “Source Wall.”

Klip tersebut merupakan babak pembuka untuk “Zack Snyder’s Justice League” di HBO Max, dan menonjolkan gaya pengarahan unik Snyder di DC Extended Universe. Apa yang menariknya, Snyder pernah memberitahu kepada IGN bahawa, “babak pembuka Justice League mengandungi banyak ‘Easter eggs’ yang boleh dilihat penonton.”

Kami semua mula mencoret-coret dan ia menjadi karya seni yang benar-benar membincangkan mengenai ‘Mother Boxes’ dan asal-usul watak, dan saya rasa ia sangat indah dan mengasyikkan, dan ya, ia sangat menyeronokkan.”

Anda boleh lihat klip pembuka “Zack Snyder’s Justice League” dibawah.

Selepas gagal dipentas box office, “Justice League” dihidupkan semula oleh Zack Snyder dengan suntingan baru seperti yang dimahukan peminat. Dengan kos sekitar $70 juta dolar untuk menyiapkan suntingan dan visual mengikut visi asal pengarah, peminat dijangka akan merasa puas dengan versi terbaru hasil garapan Snyder.

Didorong untuk memulihkan sifat kemanusia dan diinspirasikan dari tindakan Superman yang tidak mementingkan diri sendiri, Justice League menyaksikan Bruce Wayne meminta bantuan dari sekutunya nya baru, Diana Prince, untuk menghadapi musuh yang lebih hebat.

Bersama-sama, Batman dan Wonder Woman berkerja keras untuk mencari dan merekrut pasukan ‘metahuman’ dalam usaha menentang ancaman baru. Meskipun terbentuknya pasukan hebat yang terdiri daripada Batman,Wonder Woman, Cyberog, Aquaman dan The Flash, usaha mungkin sudah terlambat yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan yang menakutkan.

“Justice League”, yang menampilkan lakon layar dari Chris Terrio dari cerita oleh Snyder dan Terrio, dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Zack Snyder’s Justice League akan memulakan tayangannya di HBO Max pada 18 Mac ini. Bagi penonton di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, anda berpeluang menonton filem ini di HBO Go pada tarikh yang sama.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment