Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV Slot Asia

Tonton Klip JU-ON: ORIGINS Yang Sangat Menyeramkan!

Tayangan perdana siri seram Ju-On: Origins semakin hampir! Bagi membuatkan penonton teruja, Netflix telah melancarkan sebuah klip menyeramkan dari siri tersebut. Anda boleh saksikannya dibawah.

Siri ini, yang merupakan produksi bersama antarabangsa antara NBCUniversal Entertainment Japan dan Netflix, akan memfokuskan penceritaan kepada penyiasat paranormal Odajima dan bintang televisyen Haruka Honjo. Haruka mendapati dirinya dihantui oleh gangguan bunyi di apartmennya pada tengah malam, dan kejadian menakutkan itu mula disiasat oleh Odajima.

Para pelakon terdiri daripadan Yoshiyoshi Arakawa sebagai Odajima dan Yuina Kuroshima sebagai Haruka, serta Ririka, Kōki Osamura, Mai Takahashi, Kai Inowaki, Ryūshin Tei, Yuya Matsuura, Kaho Tsuchimura, Tokio Emoto, Nobuko Sendō dan Kana Kurashina. Siri ini disutradarai oleh Shō Miyake, dengan skrip oleh Yō Takahashi dan Takashige Ichise.

Ju-On: Origins akan menemui penonton pada 3 Julai ini, hanya di Netflix (www.netflix.com/ju-on_origins).

Related posts

GET TO KNOW THE UP-AND-COMING YOUNG ACTORS OF LAW SCHOOL

Zulaikha

HBO MAX Original feature film LET THEM ALL TALK to premiere exclusively on HBO GO and HBO

Isqandar

“Revolutionary Sisters” & “Bossam: Steal the Fate” Capai Penilaian Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

5 REASONS WHY NEW DRAMA SERIES MINE WILL COMPLETELY DAZZLE YOU

Zulaikha

The Flash: Pandangan Pertama Jordan Fisher Sebagai Impulse

Kakimuvee

Bintang “Vincenzo” Kuasai Top 4 Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha