Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Tonton Klip Drama Terbaru “Love With Flaws”


MBC telah melancarkan klip drama terbaru Love With Flaws yang memaparkan kepelbagaian watak. Anda boleh saksikan klip tersebut dipemain video dibawah.

Love With Flaws dibintangi Oh Yeon-Seo yang memainkan peranan sebagai Joo Seo-Yeon, seorang guru yang bencikan lelaki tampan disebabkan adiknya yang kacak. Ahn Kang -Woo membawa watak sebagai Lee Kang-Woo, seorang lelaki yang obses dengan penampilan yang kemas selepas trauma yang dialaminya semasa zaman kanak-kanak.

Kim Seul-Gi memainkan peranan sebagai Kim Mi-Kyung, rakan baik kepada Joo Seo-Yeon yang bercita-cita untuk berkahwin dengan lelaki kaya supaya dia tidak lagi perlu bekerja. Turut membintangi drama ini adalah Gu Won sebagai Lee Min-Hyeok dan Heo Jeong-Min sebagai Park Hyun Soo.

Drama berkisarkan tentang Lee Kang-Woo, seorang lelaki yang kacak yang gemarkan perhatian. Sewaktu kecil, dia disisihkan kerana hodoh, dan sejak dari itu dia menjadi obses untuk menjaga penampilannya. Joo Seo-Yeon merupakan seorang guru pendidikan jasmani yang tidak suka pada lelaki kacak kerana sering mengalami masalah disebabkan tiga adiknya tampan. Lelaki idealnya adalah seseorang yang lebih dekat dengan normal.

Suatu hari, Lee Kang-Woo dan Joo Seo-Yeo ditakdirkan bertemu dan mereka berdua sering berbalah tentang semua pekara, tetapi secara diam-diam memendam perasaan diantara satu sama lain.


Love With Flaws akan mula bersiaran pada 27 November ini.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee