Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Justice League ‘Cyborg’ Trailer & Cameo Istimewa Dari Pelakon Filem Asal Superman


Warner Bros. dan AT&T melancarkan satu lagi trailer Justice League dengan memaparkan salah satu karakter utama dalam filem tersebut iaitu Cyborg. Trailer tersebut lebih menunjukkan kepada penonton ‘origin’ Cyborg dalam dunia cinematic DC. Anda boleh tonton trailer ‘Cyborg’ dibawah.

Asal usul Cyborg dalam dunia sinematik berbeza dari versi komik dimana dalam filem Justice League akan datang.

Versi filem, Victor Stone, aka Cyborg adalah seorang atlit sebuah kolej dan ditukar menjadi Cyborg oleh bapanya selepas Victor mengalami kemalangan yang cukup serious. Versi komik pula Victor dijadikan sebagai subjek ujikaji saintis yang akhirnya menyebabkan dia bertukar menjadi Cyborg selepas kerap mengalami kecederaan disebabkan sikapnya yang suka melakukan aktiviti jenayah.

Selain itu juga, trailer ‘Cyborg’ Justice League ini juga memaparkan ‘cameo’ pelakon Marc McClure yang popular dengan watak Jimmy Olsen dalam filem-filem Superman lakonan Christopher Reeve termasuk filem Supergirl yang diterbikan pada 1984.

Marc McClure aka Jimmy Olsen

Filem Justice League diarahkan oleh Zack Snyder sebelum diambil alih oleh Joss Whedon manakala filem ini ditulis oleh Joss Whedon dan Chris Terrio. Justice League dibintangi oleh  Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Amy Adams sebagai Lois Lane, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Ezra Miller sebagai The Flash, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ray Fisher sebagai Cyborg, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Queen Hippolyta, dan J.K. Simmons sebagai Commissioner Gordon.


Filem Justice League akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada November ini.


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee