Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

TONTON FILEM THRILLER POLITIK IMRAN SHEIK ‘DAULAT’ SECARA EKSKLUSIF DI MUBI BERMULA 5 FEBRUARI


Syarikat perkhidmatan streaming filem MUBI telah mengumumkan bahawa filem thriller politik DAULAT (2020), arahan Imran Sheik, bakal ditayangkan secara eksklusif di platform mereka bermula 5 Februari 2021.  

Ditulis dan diarahkan oleh Sheik, DAULAT merupakan karya sulung beliau yang memaparkan sisi gelap dunia politik, dan mengisahkan seorang ahli politik bernama Suri (Vanidah Imran), dan perancangan politik parti beliau untuk bangkit semula selepas kekalahan dalam pilihan raya umum.  

DAULAT menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Vanidah Imarah (The Red Kebaya, Perempuan Melayu Terakhir), Tony Eusoff (Sepi, The Hush, Shadowplay), Cristina Suzanne (Jwanita, Kil, Rempit Sampai Ke Langit), Jasmine Suraya (Paskal: The Movie, All Because of You), Zul Zamir dan Rashidi Ishak (Setem, Songlap) 

Selepas kalah dalam pilihan raya umum, presiden MUNA, Hasan (Tony Eusoff) melantik Suri (Vanidah Imran) sebagai timbalannya. Suri terkenal sebagai ahli politik yang licik dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya. Matlamat mereka kali ini ialah memenangi pilihan raya umum akan datang.

Suri menggunakan suaminya Idrus (Rashidi Ishak), CEO Media Raya, sebuah syarikat akhbar, untuk menyebarkan propaganda dan berita palsu untuk kepentingan parti Suri. Memandangkan perancangan Suri dan Idrus ialah untuk menang pilihan raya umum seterusnya, pasangan ini menghadapi tentangan daripada musuh yang juga tamakkan kuasa. Tapi akhirnya hanya seorang yang akan menaiki takhta kekuasaan. 


DAULAT boleh ditonton secara eksklusif di MUBI bermula 5 Februari 2021. Pelan langganan MUBI ialah RM10 sebulan dengan percubaan tujuh hari percuma. Bagi maklumat lanjut sila layari www.mubi.com


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee