Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerVideo

Tonton Filem Terbaru Friday the 13th … Yang Dihasilkan Oleh Peminat


Masih tertunggu-tunggu bilakah Friday The 13th akan mengeluarkan filem terbaru mereka? Well, setakat ini berita paling terbaru mengenai filem berkenaan, ia tidak akan dihasilkan walaupun sebelum ini studio Paramount merancang untuk menghasilkan reboot Friday the 13th. Pembikinan filem berkenaan telah dihentikan serta merta pada awal tahun ini, dan tidak akan dihasilkan kecuali terdapat studio lain yang berminat untuk menerbitkan filem tersebut.

Bagaimanapun sebuah studio indie, Womp Stomp Films bersama-sama pengarah Vincente DiSanti telah menghasilkan sebuah filem Friday the 13th yang dibiayai oleh peminat-peminat tegar franchise filem berkenaan.

Filem yang berjudul Never Hike Alone itu mengisahkan seorang pendaki Kyle McLeod (lakonan Andrew Leighty) yang melakukan aktiviti pendakian secara solo. Dia kemudiannya telah menjumpai peninggalan sebuah tapak kem di Camp Crystal Lake – tempat yang menjadi insiden pembunuhan oleh Jason Voorhees. Sifat ingin tahu Kyle mendorong dia menjelajah disekitar kem tersebut yang telah ditutup sejak tahun 1980 – tahun dimana berlakunya insiden Friday the 13th. Tetapi terdapat sesuatu sedang memerhatikan pergerakkan Kyle disitu.

Kalau anda hendak tahu lebih lanjut perjalanan filem tersebut, anda boleh tonton filem fan-made yang baru dilancarkan pada hari Jumaat (13 Oktober 2017) yang lalu sempena persamaan tarikh Friday the 13th.


Related posts

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

[VIDEO] ‘Oppenheimer’ Sifar CGI Menurut Christopher Nolan

Kakimuvee

Pelakon Suara Anime Jepun Kembali Ke Luatan Dalam Adaptasi Live-Action ‘One Piece’ Netflix

Kakimuvee

[VIDEO] Drax Bermetafora Dalam ‘Deleted Scene’ Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Kakimuvee